Tentang Kami

    

 

ALTRU telah didirikan pada  tahun 2016 sebagai  bahagian dari ALTRU DEVELOPMENT CO., LTD oleh 3 orang pemegang saham dari Singapura dan seorang pemegang saham Kemboja dengan tujuan menggalakkan ibadah Haji / Umrah dan  pelancongan Islam di Kemboja. Keuntungan syarikat akan digunakan untuk kerja kerja dakwah dan kebajikan yang di anjurkan oleh Charitable Association of Cambodian Islamic Graduates(CACIG) yang telah dipimpin oleh Ustaz Yusof Osman graduan dari universiti Al-Azhar, Mesir.  Syarikat ini terdaftar dengan Kementerian dagangan Negara Kemboja dengan nombor daftar 00021148. Ia juga telah daftar sebagai agensi pelancongan pada 15 November 2017 dengan lesen nombor 505.

VISI

Untuk menjadi syarikat pelancongan yang terbaik di Kemboja dengan memberi pelanggan perkhidmatan pelancongan yang terhebat  berdasarkan  syariah dan  bertujuan ibadah dan beramal.

 

MISI

  1. Menjalin kepercayaan pelanggan melalui perkhidmatan yang ikhlas, cekap, cepat dan sopan.
  2. Memberi perspektif Islam kepada tempat tempat pelancongan di Kemboja.
  3. Melancong dengan tujuan ibadah dan amal.
  4. Menggalakkan ibadah Haji/Umrah dikalangan umat Islam Kemboja dan mendidik mereka mengerjakan ibadah ini mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.